Saturday 23 April 2011

Minggu gembira aku...

 hai!!!!nie skdr suka2 ak...nie sal diri ak sendiri...bukanya cerita yang ak baca seperti post yang lepas...
       dalam tahun nie.. ak rasa minggu ini adalah minggu yang paling gembira bagi ak....tok tahun ini ajelah...
taktau bagi korang...haha...dah nak mula dah ni...
      minggu ni ak hepi sngt2...kerna ak dapt kenal ngn rpt seorng pompuan, walaupon dh lme knl dye..tpi minggu ni minggu pling rpt antara ngn dye....dye cntik bangat yukk...cair lu pandang dyer dohh..
      pas knal ngn dyer hdup ak seharian jdi hepi.. lagi2 minggu nie...entah la, ak pown xtau mngapa bleh jdi mcm nie...pdahal dyer xtime pown ak...dyer kata bg dye mse tok fikir...tpi 2 dh ckup tok mewarnai hdup ak dengan sinar2 kebahagian...
  ak x dpt nak bayangkn ape yg akn terjdi ngn hidup ak kalau dye trima ak...fuhh bhgia la ak..
mcm mnew plak lau dyer xtime ak...merana xsudah la ak...
ak xksh smua 2...dpt msj dri pown sdh ckup brmkna bg ak...ak sdah ckup gmbira dengan itu..
   but! ak hrp sngt2 lau dyer time ak..ak dh jnji ngn diri ak...jkalau ak dpt dye..ak akn jga dye sperti ak jga nyawa ak n xda prkra yg dpt psahkan ak ngn dye..kecuali Tuhan yg esa..kerna Tuhan segala-galanya......

sekian.....


sory yukk lau da slah...



              

Pentingnya Ilmu Dalam Kehidupan

   Kisah nie berlaku smsa kmilangan Islam...
Pada suatu hari, seorang lelaki dari kaum Saqif datang menghadap Walid bin Abdul Malik, seorang pemerintah dinasti umaiyah. Walid bin Abdul Malik ingin mengenali diri lelaki itu.

"Adakah saudara selalu membaca Al-Qur'an?"tanya Walid
"Tidak! saya sibuk dengan urusan-urusan saya,"jawab lelaki itu.Walid mahu bertanya lagi.
"Ataupun , saudara faham ilmu perundangan?"Walid menduga lagi.
  "Tidak"
"saudara pandai bersyair?" 
  "Tidak"
Walid mengalihkan pandangan daripada lelaki itu. Lelaki itu duduk termangu. Abdullah bin Muawiyah, iaitu salah seorang yang ada hadir dsitu memanggil Walid sambil menunjuk kearah lelaki itu.
  "Diam! Tiada siapa-siapa di sini," kata Walid marah.
   
        Abdullah faham apa maksud Walid. Lalu mereka meninggalkan lelaki itu keseorangan.

       Walid tidak menpedulikan lelaki itu bukanlah dengan maksud mahu menhinanya, tetapi bagi menunjukan orang yang tidak berilmu seumpama orang yang 'MATI SEBELUM MATI' seolah-olah dia tidak wujud di dunia ini. Manakala orang berilmu di ibaratkan bulan yang menerangi bumi, memberi manfaat kepada kehidupan.
   
       Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata,"sesiapa yg keluar mencari ilmu yang bermanfaat, dia sentiasa berada di jalan keredhaan Allah sehinga dia pulang ke rumahnya.


"minta maaf lau ada kesilapan dalam penulisan...hanya sekadar bacaan sekalian"

Wednesday 20 April 2011

Pasar Di syurga..



      Nabi Muhammad pernah menceritakan, di dalam syurga  ada sebuah pasar. Para malaikat sentiasa mengeliling  pasar ini dan membawa kemuliaan ke dalamnya. Urusan yang dijalankan  dalam pasar itu hanya jual beli gambar-gambar  lelaki dan wanita yang sedia berkhidmat. Sesiapa yang inginkan sesuatu, mereka hanya perlu masuk kedalam gambar itu bagi mendapatkan apa yang dihajati.
      Pad hari Jumaat, penghuni syurga akan mengunjungi pasar itu dan mereka bertemu antara satu sama lain sambil bertanya khaba.Pada hari yang sama juga, Allah mengunjungi mereka di pasar itu. Mereka berpeluang melihat Allah. Inilah sebesar-besar kemuliaan.
      Hari Jumaat adalah hari raya di syurga. Apabila mereka pulang ke singgahsana, mereka berkata dengan wajah yang berseri-seri, "Hari ini, kami berpeluang menziarahi Allah".

Mengapa wanita mudah mengeluarkan air mata????

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."