Saturday 23 April 2011

Pentingnya Ilmu Dalam Kehidupan

   Kisah nie berlaku smsa kmilangan Islam...
Pada suatu hari, seorang lelaki dari kaum Saqif datang menghadap Walid bin Abdul Malik, seorang pemerintah dinasti umaiyah. Walid bin Abdul Malik ingin mengenali diri lelaki itu.

"Adakah saudara selalu membaca Al-Qur'an?"tanya Walid
"Tidak! saya sibuk dengan urusan-urusan saya,"jawab lelaki itu.Walid mahu bertanya lagi.
"Ataupun , saudara faham ilmu perundangan?"Walid menduga lagi.
  "Tidak"
"saudara pandai bersyair?" 
  "Tidak"
Walid mengalihkan pandangan daripada lelaki itu. Lelaki itu duduk termangu. Abdullah bin Muawiyah, iaitu salah seorang yang ada hadir dsitu memanggil Walid sambil menunjuk kearah lelaki itu.
  "Diam! Tiada siapa-siapa di sini," kata Walid marah.
   
        Abdullah faham apa maksud Walid. Lalu mereka meninggalkan lelaki itu keseorangan.

       Walid tidak menpedulikan lelaki itu bukanlah dengan maksud mahu menhinanya, tetapi bagi menunjukan orang yang tidak berilmu seumpama orang yang 'MATI SEBELUM MATI' seolah-olah dia tidak wujud di dunia ini. Manakala orang berilmu di ibaratkan bulan yang menerangi bumi, memberi manfaat kepada kehidupan.
   
       Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata,"sesiapa yg keluar mencari ilmu yang bermanfaat, dia sentiasa berada di jalan keredhaan Allah sehinga dia pulang ke rumahnya.


"minta maaf lau ada kesilapan dalam penulisan...hanya sekadar bacaan sekalian"

No comments:

Post a Comment